Friday, November 16, 2012

Jumpa Nenek & Atuk Jasin.....


Hari ini 14 November 2012 bersamaan 30 Zulhijjah 1433, Ummi dan Walid rancang nak balik kampung.  Walid dah mula cuti sekolah, tapi Ummi tak cuti dah.. huhu, jadi sempena ada cuti Awal Muharram ni, Ummi sambung cuti pada 2 Muharram.  Petang lepas Ummi balik kerja, balik rumah kemas barang dan terus ke rumah Kak Tipah untuk amik Qaisara balik kampung.  Petang ni balik, akan terus ke kampung Walid dulu di Jasin, Melaka.  Masa sampai rumah Kak Tipah, Qaisara baru tidur kat dalam buaian, comel sangat dia.  Kak Tipah cakap dia dah mandi, pastu cuaca memang hujan lebatlah, itu yang Qaisara kejap jer dah lena bila masuk dalam buaian.  Tapi, Ummi terpaksa juga angkat Qaisara, sian dia.  Hujan lebat sangat masa kita semua mulakan perjalanan balik ke kampung.  Masuk jer dalam kereta, anak Ummi dah sedar, apalagi dah bau Ummi kan.. nak menyusulah dia :) Qaisara you are very good girl, lepas menyusu dia tidur sampailah ke kampung.  Sepanjang perjalanan, Qaisara tidur, kalau terjaga pun cuma nak susu jer.  Sebenarnya Ummi risau juga, kalau-kalau Qaisara meragam, maklumlah bertolak dah petang, jam 6 dari rumah Kak Tipah, pastinya akan melewati waktu Magrib.  Waktu macam ni, memang tak elok bayi kat luar rumah, tapi syukurlah anak Ummi tidur lena dipangkuan Ummi.  Ummi pun tak lekang bacakan ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang waktu Magrib. 

Akhirnya pada jam 8.20 pm, kita bertiga sampai di rumah Walid di Jasin, Melaka.  Qaisara yang dah puas tidur dalam kereta pun dah bangun.  Macam tau jer dia, Nenek Aisah dan Atuk King dia tengah tunggu dia.  Mama Cu dan Pak Cik Adi dia pun ada :) kat bawah ni, gambar-gambar Qaisara yang comel-comel:)



Qaisara dah buka mata, bolat mata dia :)

Qaisara senyum ke ni? hehe


Ummi tengah nak salin lampin dan baju tidu Qaisara ...

**************************************************


Hari ni hari kedua, pagi Awal Muharram (1 Muharram 1434) , 15 November 2012.  Kat bawah ni gambar-gambar Qaisara kat rumah nenek dan atuk di Jasin :)


Qaisara dah bangun dari tidur, time to take a bath:)

Qaisara dah mandi, pakai baju Poka Dot yang Auntie Jijah bagi (kawan walid)
Ummi letak dia dalam buaian, sebab mata macam nak tidur, tapi bila masuk buaian bukan main bolat mata dia.. hehe, tapi dia tidur jugak akhirnya :)


Haa!, ni gambar Qaisara dah bangun tidur, Ummi letak dia dengan Walid dan berposing hehe..

***********************************

Hari ketiga, 16 November 2012 bersamaan 2 Muharram 1434.  Pagi hari Jumaat ni, Walid nak bawa Ummi pergi Klinik sebab Ummi sakit kepala dah 3- 4 hari.  Qaisara masih tidur , Ummi tinggalkan Qaisara dengan Nenek + tinggalkan EBM untuk Qaisara :)  mulanya Ummi ingat nak mandikan adik, lepas Ummi balik, tapi rupanya Nenek dengan Mama Cu dah mandikan dia.  Ummi balik , Qaisara dah tidur lagi.. Nenek dah tidurkan Qaisara dalam buaian.. Nenek kata , tadi Qaisara merengek nak susu jer..Tq nenek sebab dah jaga Qaisara masa Ummi takde:) Ni kat bawah gambar Qaisara tidur, comelkan? siap buat tangan Rock yar... hehe  Oh ya, Mak Long Zah dia pun ada datang tengok dia, siap kejut dia bangun lagi hehe... Ummi dan Walid tak sempat jumpa Mak Long Zah Qaisara..huhu.. Semua rindu Qaisara...:)
 

Rock Yarrrr.... :)

Yeah... Qaisara dah bangun, dia wuwu lah..hehe 

Qaisara wuwu, Ummi salinkan lampin dia...


dia dah pandai senyum ...:)


pandang apa tu sayang...? :)

Harini, kita nak balik ke Kg. Ummi pula di Sagil, jumpa Nenek Ani, Tok Ayah Shungib, Auntie Anne, Pak Uda dan Mak Ucu.. semua dah tunggu Qaisara.  Petang lepas Walid sembahyang Jumaat, kita bertiga bertolak balik Kg. Sagil, dekat jer 30 Minit lebih kurang perjalanan.. :)

No comments:

Post a Comment