Saturday, April 23, 2016

TIPS ANAK RIANG DAN CERIA


Lil A di Melaka Premium Outlet jalan2 dengan Maklong Aziah


Lil A & Lil Q nak pegi jalan-jalan IOI Mall, Putrajaya


Lil Q jalan-jalan Melaka Premium Outlet dengan Maklong Aziah (ummi pun lom sampai sana lagi huhu :))


Tenangnya hati tengok anak-anak gembira dan ketawa riang.  Tips agar anak-anak selalu gembira dan ceria :-)

1.  Selalu buat aktiviti bersama anak-anak, bergurau senda dengan anak-anak

2.  Cuba tahan untuk tidak meluahkan kemarahan anda pada anak-anak (walaupun kadang-kadang saya sendiri terlepas juga marah tu, tapi cuba 'counter' balik dengan peluk cium dia dan tak salah 'say sorry' walaupun anak lom faham) :(

3.  Elakkan sebagai ibu bapa bergaduh depan anak-anak.. sebab ini contoh yang tak baik untuk mereka..

4.  Selalu-selalu peluk anak, cium anak , cakap pada anak yang kita sangat sayang kan dia, tanamkan rasa kasih sayang dan cinta pada anak-anak..

5.  Cuba ajarkan anak menghargai orang lain, sebagaimana kita buat pada dia ,, untuk tanamkan perasaan belas kasihan dalam diri anak-anak

Insyaallah, kita sama-sama praktis, :-) semoga kita menjadi Ibu Bapa contoh kepada anak-anak kita. Amin